NH Delima Canopy & Catering

By: NH Delima

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]
Saturday, 31-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Dewan Integeriti Nasional, Jalan Duta

Ni perkahwinan anak datuk. Tapi datuk ni very humble... tq datuk kerana menjadikan NH Delima sebagai penyedia catering anak datuk.... Ni adalah gambar sebagai kenangan di hari bahagia tersebut..... mmg hapening giler majlis nie... ramai kawan2 pengantin hadir.... congrat...










Saturday, 27-Dec-2008 11:50 Email | Share | | Bookmark
Mazlin & Farez

Ari ni NH Delima menjayakan majlis perkahwinan Mazlin & Farez... Farez ni ex-husband Noraniza Idris.. So media ada buat liputan... Mmg meriah dan ramai yang datang.. Alhamdulillah kami dapat melayan para tetamu majlis dengan sebaiknya... Harap maaf kalau ada terkurang sewaktu masa puncak.. Di sebabkan waktu puncak, mungkin kami terlepas pandang untuk memberi keselesaan para tetamu... Di sini ada beberapa gambar sewaktu kenduri td...
Happy viewing....





di interview oleh wartawan melodi





Kami di NH Delima berharap dapat menyerikan majlis anda dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Kepuasan hati pelanggan menjadi matlamat kami kerana perkhidmatan yang baik akan terus di kenang....InsyaALLAH...

Sekian untuk kali ini....

NH Delima Canopy & Catering
nhdelima@gmail.com


Sunday, 21-Dec-2008 01:02 Email | Share | | Bookmark
Kg Baru, Datuk Paduka......

Assalamualaikum...
alhamdulillah, boleh dikatakan ini hampir 90% tempahan sepanjang tahun ini... syukur... masakan yang lazat dan servis yang baik akan terus di kenang bukan? smlm, kami memeriahkan kenduri Datuk Paduka di Kg Baru.. Meriah dan sungguh gembira tetamu dan pengantin... alhamdulillah, kami telah berikan yang terbaik untuk pasangan Datuk Paduka... Dan bawah ni, adalah beberapa gambar kenangan dalam kenduri tersebut....

Happy viewing....






setiap khemah dipasang lelangit... cantik kan....


dekat betul dengan KLCC.. duk sini jelas je nampak KLCC...woww..


Kami di NH Delima berharap dapat menyerikan majlis anda dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dari kami untuk anda. Kepuasan hati pelanggan menjadi matlamat kami kerana perkhidmatan yang baik akan terus di kenang....InsyaALLAH...

Sekian untuk kali ini....

NH Delima Canopy & Catering
nhdelima@gmail.com


Tuesday, 19-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Minggu Sibuk....

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sibuk...yurp minggu ni mmg sibuk... ni baru sempat nk update FP ni... ari ahad lepas ada 3 catering serentak... bermaksud ada 3 tempat yang berlainan dengan jamuan kepada 3 ribu orang.. fuhh... mmg tak cukup tangan... 1 di Rawang, 2. Manjalara dan 3 di Jalan Kuching... tp, saya sempat tembak yang di manjalara sahaja itu pun beberapa snap sahaja kerana sibuk dalam keadaan itu..... tetapi di Manjalara ni, mmg ramai betul org datang.. makanan yang di sediakan boleh dikatakan 90% habis.. 10% lagi kami bg kat tuan rumah sbb jamuan berakhir jam 4.30ptg... lauk2 nyer ialah

- ayam goreng panas
- sayur lemak kacang panjang+ikan
- kari kambing(buat akikah)
- pajeri nenas
- sambal tempe
- ikan kering
- papedom
- buah watermelon
- air mineral+Punch
- nasi putih(mmg nasi putih sahaja)

mmg menyelerakan... saya duk kat sana tgk ada org makan nasi sampai 2 kali... rasa bangga pun ada gak sbb masakan lauk tu menyelerakan... kalau yang tambah tu mmg ramai la.. alhamdulillah, saya dan tenaga kerja NH Delima bersyukur kerana masakan kami di terima dgn baik... di sini, saya tempek beberapa keping gambar dari Manjalara...


seronok pengantin waktu nk makan....



hidangan buffet


Tuesday, 12-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tips Untuk Tempahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat pelanggan dan bakal pelanggan sekelian... Kami di NH Delima sedia menerima tempahan catering mahupun untuk canopy(khemah)... Untuk kali ini, kami ingin memberi sedikit tips tentang warna. Tak kira lah warna scallop mahupun riben kerusi pengantin.Di NH Delima, kami tawarkan pelbagai warna untuk pilihan bakal pengantin mahupun di majlis-majlis korporat bagi kemeriahan majlis tersebut. Kami juga menyediakan backdrop untuk pelanggan.

Untuk meja pengantin sebagai contoh, jika warna purple di minta, kami akan menyedikan layout dan jika pelanggan bersetuju, barulah kami akan memasang. Jika terdapat sebarang perubahan, kami akan mengubah dahulu seperti mana diminta dan jika pelanggan berpuas hati, kami akan memasangnya.







Kami menerima tempahan dari orang perseorangan, syarikat korporat mahupun jabatan kerajaan untuk menjayakan majlis dengan jayanya. Kami di NH Delima berharap dapat menyerikan majlis anda dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik dari kami untuk anda. Kepuasan hati pelanggan menjadi matlamat kami kerana perkhidmatan yang baik akan terus di kenang....InsyaALLAH...

Sekian untuk kali ini....

NH Delima Canopy & Catering
nhdelima@gmail.com


[<<  <  1  [2]  3  4  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net